MAKNA, Himaya jalin kerjasama bantu pesakit kanser - Utusan Malaysia

MAKNA, Himaya jalin kerjasama bantu pesakit kanser

FARAHIDA MOHD. FARID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kempen kutipan dana kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan syarikat pelitup muka Himaya akan diadakan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Pengurus Besar MAKNA Farahida Mohd. Farid berkata, kempen tersebut bermula semalam sehingga 31 Oktober depan menerusi hasil jualan pelitup muka jenama berkenaan.

Katanya, dengan jalinan kerjasama syarikat swasta, diharapkan lebih banyak pihak tampil membantu golongan pesakit kanser di negara ini.

“Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.

“Saya mengharapkan lebih banyak syarikat swasta tampil membantu kami pada masa akan datang. Di samping itu, diharapkan melalui program seperti ini dapat memberi kesedaran orang ramai untuk buat sumbangan bagi Tabung MAKNA,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn. Bhd, Datuk KK Chua berkata, sebanyak RM2 akan disumbangkan kepada Tabung MAKNA bagi setiap pembelian pelitup muka Himaya.

“Kita menyasarkan sebanyak 10,000 kotak dapat dijual untuk dana yang akan disumbangkan nanti.

“Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal,” jelasnya.

Himaya kini boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya