Penduduk gembira, kawasan rumah dibersih kontraktor MPKJ - Utusan Malaysia

Penduduk gembira, kawasan rumah dibersih kontraktor MPKJ

Tiada lagi sampah terbiar di hadapan rumah penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Penduduk Seksyen 4, Bandar Baru Bangi dekat sini `gembira' selepas kawasan perumahan mereka yang sebelum ini tidak `terurus’ sehingga mengundang ular `bertandang’  dibersihkan empat pekerja  pagi ini.

Wakil penduduk, Datuk Abdul Rahim Jani berkata, empat pekerja iaitu dua mengutip sampah manakala dua lagi menyelenggara longkang datang pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi membersih seluruh kawasan kediaman yang ada kira-kira 100 buah rumah.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihak penduduk tidak pasti kenapa hampir sebulan lalu sampah di kawasan itu tidak dikutip manakala longkang pula tidak semua dibersih semua sebelum ini.

“Harap selepas ini kerja-kerja kutip sampah dilakukan ikut jadual. Longkang kena bersih semua bukan pilih lokasi.

“Hari ini kawasan rumah kami nampak terurus, ular pun mungkin tidak ada sebab untuk masuk kawasan ini lagi,’ kata beliau ketika hubungi Utusan.

Malam tadi, portal ini melaporkan, penduduk di Seksyen 4 resah apabila kawasan itu didatangi dua ekor ular selepas sampah domestik tidak dikutip manakala sebahagian longkang tidak dibersihkan.

Penduduk hairan apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) membiarkan sampah atau longkang dipenuhi rumput dan barang terbuang begitu sahaja.

Usaha penduduk menghubungi Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pula didakwa tidak berjawab atau talian selalu sibuk.- UTUSAN

Longkang juga sudah dibersihkan kontraktor MPKJ.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya