Penjaja angkat bendera putih dapat bantuan segera - Utusan Malaysia

Penjaja angkat bendera putih dapat bantuan segera

STEVEN Sim membantu mengalihkan bendera putih yang dikibarkan seorang penjaja di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas menghulurkan bantuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Tindakan seorang penjaja di sini mengibarkan bendera putih di hadapan rumahnya sebagai tanda memerlukan bantuan menerima respon segera daripada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong hari ini.

Menurut catatan di laman sosial Facebook, Steven Sim berkata, lelaki yang dikenali sebagai Ah Soon itu mengadu tidak mampu membayar sewa gerai dan rumah serta bil air dan elektrik sejak beberapa bulan lalu apabila tidak dapat berniaga kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, menurut Steven Sim, lelaki itu juga terpaksa menjual mesin basuh dan kipas angin di rumahnya demi meneruskan hidup sehingga hampir berputus asa.

“Dia bukannya tidak mencuba, malah, berusaha untuk bangkit semula selepas tersungkur berkali-kali. Tapi, PKP berulang-ulang menyebabkan dia buntu. Semua usaha tidak menjadi dan sudah penat.

“Saya bagitau Ah Soon, jangan berputus asa. Hidup ini ada naik dan turun, tapi harapan tetap ada. Setidak-tidaknya, ada orang nampak bendera putihnya dan saya telah datang,” katanya di Facebook.

Menurut Steven Sim, beliau telah membantu Ah Soon meringankan bebannya termasuk mendapatkan gerai baharu untuk lelaki itu berniaga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN