Walaupun kudung, semua kerja boleh buat - Utusan Malaysia

Walaupun kudung, semua kerja boleh buat

ABDUL Halim Ali yang kudung kedua-dua pergelangan tangan akibat bom buatan sendiri semasa berusia 13 tahun mampu melakukan pelbagai kerja seperti insan biasa. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Walaupun kedua-dua pergelangan tangannya kudung akibat bom buatan sendiri, itu tidak menghalang Abdul Halim Ali melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuk menjadi tukang rumah bagi menyara kehidupan.

Malah, Abdul Halim, 48, dari Kampung Padang Setar di sini turut mengambil upah me­ngait kelapa sawit, berkebun dan menoreh getah di sebalik statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU).

Katanya, tragedi hitam bom yang dihasilkan bersama seorang rakan meletup kira-kira 35 tahun lalu ketika berusia 13 tahun bukan pengakhiran hidup, sebaliknya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia.

“Selepas bom yang dipegang meletup, saya pengsan dan sedar setelah berada di hospital tujuh hari kemudian.

“Sebulan saya dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu. Pada mulanya terkejut tengok kedua-dua tangan berbalut, tetapi saya reda kerana semua itu berpunca atas kesilapan sendiri,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, kurang sebulan selepas keluar dari hospital, dia berusaha berdikari dan dapat menyesuaikan diri dalam masa yang cepat termasuk berjaya menamatkan pengajian sehingga tingkatan lima.

Katanya, sokongan keluarga, guru dan rakan banyak membantu memulihkan sema­ngatnya.

“Hingga kini masih ada yang tidak percaya kemampuan saya untuk melakukan semua kerja seperti insan biasa.

“Mudah-mudahan kesilapan lalu dapat menjadi pengajaran kepada anak muda agar tidak melakukan perbuatan berbahaya walaupun sekadar untuk berseronok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya