Penduduk Pusat Bandar Jengka mahu tempat beriadah - Utusan Malaysia

Penduduk Pusat Bandar Jengka mahu tempat beriadah

STADIUM Tun Abdul Razak di Bandar Pusat Jengka dibina atas taman awam yang sebelum ini menjadi tempat riadah penduduk Jengka, Pahang. - FOTO/ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Stadium Tun Abdul Razak (STAR) di Bandar Pusat Jengka yang dibuka pada 2015 menjadi mercu tanda bandar itu dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Felda.

Namun, di sebalik kemegahan STAR, tidak ramai tahu pembinaannya bermula pada 2014 itu mengorbankan satu-satunya taman awam yang menjadi pusat riadah kepada penduduk Jengka.

Biarpun pada awalnya dibantah pelbagai pihak, namun ‘janji manis’ untuk menggantikan taman awam baharu membuatkan penduduk akhirnya akur de­ngan janji-janji diberikan.

Namun sehingga kini, tiada ‘pengganti’ bagi taman awam berkenaan sebaliknya menjadikan Bandar Pusat Jengka sebagai satu-satunya bandar yang tidak mempunyai taman awam di negara ini.

Seorang penduduk, Mohd. Farid Mohd. Zawawi, 28, berkata, ketiadaan taman awam menyebabkan golongan muda di situ bagai ‘hilang arah’ untuk beriadah khususnya pada waktu petang.

Dia yang membantu ba­panya berniaga makanan berkata, keadaan itu menyebabkan go­longan muda yang semakin bertambah di situ banyak menghabiskan masa melepak bersama rakan-rakan.

“Memang saya pelik kenapa sampai sekarang tiada padang awam di Jengka untuk penduduk beriadah sedangkan kami khususnya golongan muda amat memerlukan padang awam untuk beriadah bagi menyihatkan badan.

“Memanglah stadium yang ada besar dan megah tetapi apa manfaatnya kepada kami yang kehilangan tempat riadah, kalau hendak main bola sekali pun dalam stadium perlu menyewa dengan kadar yang mahal,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Farid, buat masa ini, kawasan untuk berjoging hanya sekitar dataran jam yang begitu sempit dan tidak sesuai menyebabkan mereka terpaksa pergi ke dae­rah lain yang ada padang awam seperti Temerloh dan Maran.

Beliau memberitahu, golo­ngan muda yang ingin bermain bola sepak juga menghadapi masalah apabila terpaksa menyewa stadium dengan harga RM800 bagi waktu siang dan RM1,200 malam.

MOHAMAD ANUAR SALEHUDIN

Dalam pada itu seorang penduduk, Mohamad Anuar Salehudin, 24, berkata, ketiadaan taman awam menyebabkan dia yang bekerja di Kuala Lumpur buntu setiap kali pulang ke kampung di Jengka 1.

“Kalau di Kuala Lumpur setiap petang saya beriadah dengan berjoging dan sebagai­nya tetapi apabila balik kampung saya tidak dapat melakukan aktiviti ini kerana tiada padang awam di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.