Sultan Terengganu solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah - Utusan Malaysia

Sultan Terengganu solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah

Sultan Mizan
SULTAN Mizan Zainal Abidin (dua dari kanan) berkenaan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini hari ini.

Turut berangkat anakanda baginda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az.

Mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar di samping Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda.

Solat sunat Aidiladha diimamkan Mufti Terengganu, Datuk Dr. Zulkifly Muda.

Selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, baginda dan kedua anakanda menziarahi makam diraja yang terletak di kawasan Masjid Al-Muktafi Billah Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya