Jemaah haji selesai laksana rukun haji - Utusan Malaysia

Jemaah haji selesai laksana rukun haji

haji
Isu kuota haji buat jemaah Malaysia belum lagi dibincangkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kesemua jemaah haji termasuk lapan jemaah dari Malaysia telah selesai melaksanakan rukun haji semalam.

Jemaah haji dari Malaysia, Musthafa Muadz Mohammad Masruh, 30, berkata, kesemua rukun haji itu dilaksanakan dalam keadaan penjarakan sosial mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.

“Ibadat haji musim ini dilaksanakan dengan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Selepas selesai melontar di Jamrah Aqabah, jemaah haji akan melaksanakan ibadat tawaf serta bercukur. Setakat ini, rukun haji telah diselesaikan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.

Pihak berkuasa negara itu mengumumkan ibadat haji yang sebelum ini biasanya dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, dilaksanakan dalam suasana protokol kebersihan yang ketat dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah 65 tahun dan tanpa penyakit kronik.

Menurut Musthafa Muadz, untuk kesemua jemaah, masih terdapat baki wajib haji iaitu melontar di ketiga-tiga jamrah, bermalam di Mina dan tawaf wada yang kesemuanya akan dilaksanakan esok hingga 2 Ogos.

Tambahnya, kerajaan Arab Saudi juga sangat menjaga keselamatan jemaah haji tahun ini dan ibadat haji dilaksanakan dengan sangat teratur.

“Tahun ini ibadat haji dilaksanakan dengan sangat efisien, teratur dan cepat.

“Kenderaan polis Arab Saudi juga mengawal keselamatan jemaah setiap masa di mana kereta polis akan berkawal setiap satu meter,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya