Jangan bersekongkol dengan penjenayah - KP Maritim - Utusan Malaysia

Jangan bersekongkol dengan penjenayah – KP Maritim

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd. Zubil Mat Som
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Awas! Pergerakan anda sentiasa dipantau.

Demikian amaran Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd. Zubil Mat Som kepada semua warga agensi penguatkuasaan itu agar tidak bersekongkol terutama melibatkan jenayah rentas sempadan.

Katanya, peringatan itu kerana terdapat peningkatan kes dalam kalangan pegawai dan anggota yang ditangkap kerana didakwa terlibat dalam jenayah berkenaan sejak kebelakangan ini.

“Saya beri amaran kepada pegawai dan anggota, khususnya di Johor kerana negeri ini merupakan ‘hot spot’. Lokasinya yang dekat dengan negara jiran membolehkan kemasukan mudah pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Setiap pergerakan keluar masuk bot peronda dan kru dicatat serta dipantau. Sekiranya ada perlakuan menyalahi undang-undang, kita dapat kesan.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang bersekongkol dengan penjenayah,” selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Johor di sini semalam.

Bagaimanapun, Mohd. Zubil berkata, setakat ini tiada kes melibatkan pegawai dan anggota penguatkuasa Maritim Malaysia ditahan kerana terlibat dengan sindiket seludup migran.

Sementara itu, Pengarah Maritim Malaysia negeri yang baharu, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya mahu setiap anggota Maritim Malaysia mendukung prinsip dan integriti dalam menjalankan tugas.

“Jika dalam diri seseorang individu terdapat dua perkara berkenaan, dia akan terhindar daripada aktiviti tidak bermoral seperti kebocoran maklumat, rasuah dan lain-lain,” katanya. UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya