MELAKA: Seorang pelajar berusia 12 tahun di sebuah rumah anak yatim di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini dipercayai menjadi mangsa buli fizikal membabitkan sekumpulan pelajar senior dalam kejadian pada 29 April lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 7.11 malam daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya telah dipukul dan didera oleh pelajar lain yang dikenali. “Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul, ditendang…










