PETALING JAYA: Sindiket penipuan atau scammer kini menggunakan taktik baharu bagi menjerat mangsanya apabila dengan mempromosikan iklan-iklan jawatan kosong palsu di media-media sosial. Pemerhatian wartawan Utusan Malaysia di platform media sosial Threads mendapati terdapat banyak iklan kerja kosong dipromosikan namun disertakan dengan pautan yang mencurigakan. Lebih licik beberapa akaun yang dipercayai palsu itu tampil menggunakan nama-nama syarikat terkenal, institusi perbankan, jabatan kerajaan untuk menampakkan supaya iklan itu adalah tulen. Antara…










