Dua lelaki didakwa bunuh rakan

Dua lelaki didakwa bunuh rakan

S. DASHRATMEN (dua kiri) dan Velson Paul (dua kanan) diiringi anggota polis untuk proses pendakwaan membunuh di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua lelaki berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka, minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, S. Dashratmen, 18, dan P. Velson Paul, 21, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohammad Syaiful Akmal Mohammad Razi. 

Tiada pengakuan direkod kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Kavin Raj, 27, di sebuah rumah di Lorong 3/9, Taman Kempas Fasa 2, di sini antara pukul 12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 10 Mac lalu. 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Lushani, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam R.S.N Rayer.

Rayer memohon mahkamah membenarkan anak-anak guamnya mendapatkan pemeriksaan kesihatan berikutan kecederaan di bahagian tapak kaki yang didakwanya kerana dipukul semasa soal siasat, selain laporan polis terhadap kejadian itu

Mohamad Syaiful menyatakan mereka boleh mendapatkan rawatan di penjara tempat ditahan reman, sebelum menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Jun depan bagi mendapatkan laporan forensik, kimia dan keputusan bedah siasat mayat. 

Media pada 10 Mac lalu melaporkan seorang lelaki maut selepas ditetak berulang kali di dalam rumahnya dalam kejadian di Taman Kempas Fasa 2, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN