PETALING JAYA: Seorang pekerja kedai jam tangan mewah di Bukit Jalil ditahan selepas dipercayai melarikan 12 koleksi bernilai RM2.6 juta sebelum berjaya diberkas polis dalam tempoh 24 jam. Dalam kejadian 31 Mac lalu pada kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, suspek lelaki berusia 24 tahun dipercayai mengambil jam tangan pelbagai jenama terkenal termasuk Patek Philippe, Rolex dan Richard Mille sebelum melarikan diri dari premis berkenaan. Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar…










