PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan ke atas pemandu bas yang tular meriba wanita ketika memandu. Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan dan mengenal pasti pemandu terbabit. Beliau berkata, syarikat bas berkenaan telah diarah untuk membawa pemandu berkenaan ke pejabat JPJ berhampiran hari ini untuk tindakan lanjut. Katanya, JPJ sama sekali tidak akan berkompromi dengan tindakan mana-mana pemandu bas yang…










