NARATHIWAT (THAILAND): Pihak berkuasa di sini merampas dua laras senjata perang jenis raifal M16 yang dipercayai digunakan dalam cubaan membunuh Ahli Parlimen Kawasan 5 Narathiwat, Kamonsak Leewamoh pada 20 Mac lalu. Rampasan kedua-dua senjata perang itu dilakukan dalam serbuan berasingan di sebuah bengkel dan di Sungai Bang Nara di Daerah Takbai di sini, hasil risikan serta maklumat yang diperoleh. Sumber keselamatan berkata, pemeriksaan lanjut di bengkel berkenaan turut menemukan sebuah…










