Wanita asing maut dengan 14 kesan tikaman 

Wanita asing maut dengan 14 kesan tikaman 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warganegara asing ditemukan maut dengan 14 luka tikaman di seluruh badannya di sebuah bilik hotel di Taman Maju Jaya, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditemukan pihaknya selepas menerima laporan pada pukul 5.30 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa maut antara pukul 1.30 pagi hingga 4.30 pagi, terdapat 11 kesan tikaman di bahagian dada serta masing-masing satu kesan tikaman di leher, jari telunjuk dan lengan kanannya.

“Suspek pembunuhan yang dipercayai merupakan seorang lelaki warganegara asing telah melarikan diri selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh hubungi talian 07-2182323,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×