PATTANI (THAILAND): Seorang anggota kumpulan pemisah Selatan Thailand maut selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan dalam satu operasi di Daerah Nong Chik, di sini, kelmarin. Insiden itu tercetus kira-kira pukul 3 petang apabila Unit Operasi Khas Wilayah Pattani menerima maklumat daripada anggota sekatan jalan raya di Mukim Tha Kam Cham mengenai sebuah pikap dipandu lelaki mencurigakan yang enggan berhenti untuk pemeriksaan. Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC…










