PETALING JAYA: Seorang wanita gelandangan ditemukan maut di Jalan Sentul berhampiran lampu isyarat pagi tadi. Mangsa dipercayai wanita tempatan berbangsa Melayu berusia lingkungan 40 hingga 50-an. Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai punca sebenar kematian. Mayat wanita itu bagaimanapun telah dihantar ke hospital berhampiran bagi menjalani proses bedah siasat. Sementara itu, Utusan Malaysia kini sedang berusaha mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak polis mengenai kejadian ini. – UTUSAN










