ALOR SETAR: Wanita yang dipercayai bertindak agresif terhadap anggota polis serta mencetuskan kekecohan awam di Mergong, kelmarin direman dua hari untuk membantu siasatan. Perintah reman sehingga esok terhadap suspek berusia 34 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Alor Setar, Nur Syifa Mohd. Hamzah. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam semasa…










