PETALING JAYA: Sebuah unit kondominium di kawasan Sentul yang dijadikan mini kasino digempur pihak berkuasa semalam. Menerusi serbuan pukul 10 malam itu dijalankan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bersama D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, seramai 18 individu ditahan. Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita tempatan serta dua wanita masing-masing warga Vietnam dan warga Thailand. …










