PETALING JAYA: Seorang pengutip hutang menjadi mangsa samun bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Pandan Perdana, di sini Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan menaiki sebuah motosikal dipercayai baru selesai mengutip hutang pelanggan sebelum dihampiri suspek yang tidak dikenali. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, suspek bertindak agresif dengan merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa…









