Tiga lelaki samun bersenjata pedang samurai tumpas - Utusan Malaysia

Tiga lelaki samun bersenjata pedang samurai tumpas

Pedang samurai
AHMAD Ridhwan menunjukkan dua bilah pedang samurai yang dirampas polis di IPD Kuala Langat, Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kurang sejam pecah masuk sebuah gudang perniagaan dekat Kawasan Perusahaan Telok Panglima Garang, sekumpulan penyamun bersenjatakan pedang samurai dan peralatan lain tumpas pada 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 33 tahun di lokasi samun apabila menerima panggilan menerusi MERS 999 pada pukul 3.54 sebelum bergegas ke sana kira-kira enam minit kemudian.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bergegas ke tempat kejadian dan menahan tiga warga tempatan di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

“Pihak polis juga berjaya merampas satu unit pemotong besi, sebilah pedang samurai tidak bersarung, sebilah pedang samurai yang bersarung dan satu unit ragum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, ketiga-tiga suspek berkenaan aktif melakukan jenayah sejak dua bulan lalu dan tangkapan tersebut berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

“Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik dan ujian saringan dijalankan mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

“Susulan tangkapan, mereka telah direman selama empat hari dan ditahan di lokap balai polis Banting.

“Kes ini disiasat di bawah dua seksyen, iaitu Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ceroboh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

“Satu lagi seksyen adalah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun jika disabit kesalahan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.