KPDN tingkat kawalan susulan serangan bom stesen minyak di Thailand

KPDN tingkat kawalan susulan serangan bom stesen minyak di Thailand

MUHAMMAD NIZAM JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelak penyeludupan petrol dan diesel susulan serangan bom di 11 stesen minyak di Thailand, baru-baru ini.

Pengarah KPDN negeri, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, penguatkuasaan juga akan dilakukan di semua stesen minyak berhampiran sempadan bagi memastikan tidak berlaku ketirisan.

“Kita akan tingkat kawalan bagi mengelak ketirisan, pada tahun-tahun sebelum ini juga kita akan pertingkatkan kawalan di sempadan dan stesen-stesen minyak,” katanya selepas Majlis Apresiasi Media dan Pengguna, di sini malam tadi.

Letupan bom secara serentak di tiga Wilayah Selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat berlaku kira-kira pukul 1.04 pagi, Ahad lalu. 

Sementara itu, Muhammad Nizam mengalu-alukan dan menghargai aduan awam berhubung pengisian minyak petrol RON95 oleh kenderaan asing.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk tempatan yang mempunyai kesedaran tinggi apabila mengesan kenderaan bernombor pendaftaran asing yang mengisi RON95 di stesen minyak kita.

“Jadi, susulan aduan itu, kita dapat bertindak dengan pantas dan siasatan mendapati kejadian itu benar berlaku dan kita sudah kenakan tindakan terhadap stesen minyak berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN