PETALING JAYA: Dua syarikat kontraktor disyaki terlibat dalam kartel penipuan bida tender Pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) membabitkan nilai perolehan sebanyak RM285 juta. Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Idrus Harun berkata, susulan itu pihaknya telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap dua syarikat tersebut atas penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida. Katanya, kedua-dua syarikat didapati secara berperingkat melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.…









