KAJANG: Skuad Taktikal Khas (ACTS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak sebagai barisan hadapan dalam menghadapi operasi berisiko tinggi seperti Op Karen dan Op Metal bagi melumpuhkan jenayah penyeludupan diesel serta penyeludupan besi buruk. Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin berkata, ACTS telah ditubuhkan SPRM dalam memperkukuh keupayaan operasi. Menurutnya, ACTS telah menjalani latihan intensif di Kompleks Latihan Tempur Jarak Dekat (CQB) VAT 69 Komando Polis Diraja…










