KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dijangka hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi membantu siasatan berhubung tohmahan pemberian rasuah oleh seorang ahli perniagaan, Albert Tei. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini seramai tiga individu akan dipanggil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit. Katanya, ia termasuk seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong yang…










