Kertas siasatan kes ‘Inspektor Sheila’ diserah kepada TPR

Kertas siasatan kes ‘Inspektor Sheila’ diserah kepada TPR

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan kes Inspektor Sheila yang didakwa memperlekeh anggota polis ketika melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki warga Pakistan di Jalan Ipoh, Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut.

“Kita telah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat DPP bagi cadangan pertuduhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Selawat dan Munajat Perdana, Polis Kuala Lumpur di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 di sini, hari ini.

Beliau berkata, pegawai polis wanita itu yang kini digantung kerja telah menuduh anggota bertugas tidak mengetahui undang-undang serta memperlekeh tindakan mereka ketika menjalankan tugas, selain mendakwa anggota terbabit mengugut warga asing berkenaan.

Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menghina.

Terdahulu, tular video dimuat naik wanita terbabit di media sosial yang mendakwa anggota polis mengugut seorang warga Pakistan yang menunggang motosikal.

Sebelum ini, Inspektor Sheila telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023 berhubung beberapa kes termasuk menghina seorang anggota polis serta mengugut seorang wanita warga emas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN