ALOR SETAR: Isteri kepada pesawah yang putus kepala dipercayai akibat ditetak adik iparnya di Kampung Pida 3, Jerlun semalam, memangku mayat suaminya hampir dua jam selepas kejadian menyayat hati itu. Marliana Awang, 39, berkata, tiada apa yang mampu dilakukan ketika itu melainkan meriba badan Allahyarham Nasir Md. Nayan, 45, yang sudah tidak bernyawa. “Saya hanya mampu riba badan dia selama dua jam dari sebelum azan Maghrib sampai hampir pukul 10…










