SHAH ALAM: Akibat bimbang dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram, warga emas akhirnya terjebak dengan perangkap penipuan melalui panggilan telefon (phone scam) sehingga membuka empat akaun bank dan mengalami kerugian hampir RM6 juta. Lebih malang, lelaki berusia 73 tahun itu hanya menyedari perkara tersebut apabila memberitahu hal itu kepada anaknya selepas meninggalkan kesemua kad ATM di sebuah tempat untuk diambil pemangsa. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa yang merupakan…