Penjawat awam kemuka matan palsu RM23,000 beli kelengkapan sukan sekolah ditahan

Penjawat awam kemuka matan palsu RM23,000 beli kelengkapan sukan sekolah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penjawat awam yang juga pemilik sebuah syarikat sukan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan kelengkapan sukan sebuah sekolah berjumlah kira-kira RM23,000.

Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020 dengan mengemukakan tuntutan pembekalan kelengkapan sukan.

“Kelengkapan itu bagi sebuah kejohanan sukan peringkat sekolah-sekolah Malaysia sedangkan ia tidak dilaksanakan sebagaimana dalam permohonan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Bagaimanapun suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN