PETALING JAYA: Pemandu warga Indonesia yang melarikan diri selepas lori sampah dipandunya merempuh Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Bandar Bukit Puchong dekat sini, semalam sedang diburu. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, kemalangan melibatkan sebuah lori Isuzu seberat 10 tan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lori berkenaan dari arah Putrajaya menghala ke Bukit Puchong. Katanya, apabila menghampiri plaza tol…