Murid darjah satu satu cedera dipukul rakan sekolah darjah tiga

Murid darjah satu satu cedera dipukul rakan sekolah darjah tiga

Murid dipukul
TANGKAP layar video tular menunjukkan kesan kotor pada baju seorang murid darjah satu yang didakwa dipukul oleh dua murid darjah tiga pada waktu rehat dekat sebuah sekolah di Seksyen 32, Shah Alam, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang murid lelaki darjah satu cedera akibat dipukul dua pelajar darjah tiga dekat sebuah sekolah di Seksyen 32, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah SHah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dipukul pada waktu rehat dekat kantin kira-kira pukul 3 petang.

Menurutnya, susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada pukul 9.51 malam hari sama.

“Mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Shah Alam dan berada dalam keadaan stabil. Motif kejadian masih disiasat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohd. Iqbal berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti punca kejadian serta tahap kecederaan dialami murid berusia tujuh tahun itu.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450,” ujarnya.

Terdahulu tular video memaparkan seorang murid dimasukkan ke hospital kerana didakwa dipukul oleh dua murid darjah tiga pada waktu rehat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN