Sekatan al-Aqsa tiada nilai kemanusiaan - Utusan Malaysia

Sekatan al-Aqsa tiada nilai kemanusiaan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Israel menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah di Masjid al-Aqsa jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penutupan Masjid al-Aqsa oleh pihak berkuasa Israel tidak mempunyai sebarang asas yang sah dari segi undang-undang, moral mahupun nilai kemanusiaan.

Menurut beliau, tindakan tersebut turut mencerminkan wajah sebenar Israel yang kebal daripada dikenakan tindakan oleh masyarakat antarabangsa.

“Sehubungan itu, Malaysia menggesa agar pintu Masjid al-Aqsa dibuka serta-merta bagi membolehkan umat Islam menunaikan ibadah tanpa sekatan.

“Malaysia turut menyeru negara-negara yang mempunyai pengaruh dalam isu ini agar mengambil tindakan lebih tegas, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan, bagi memastikan pembukaan semula masjid tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam masa sama, Anwar berkata, Malaysia menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus berdepan sekatan dan kesukaran dalam menunaikan ibadah, khususnya ketika sambutan Aidilfitri.

“Malaysia turut mengecam keras tindakan Israel yang berterusan menghalang akses umat Islam ke Masjid al-Aqsa, terutama dalam tempoh penting seperti penghujung Ramadan dan Aidilfitri.

“Tindakan tersebut bukan sahaja mencabuli kebebasan beragama, malah mencerminkan budaya kebal daripada tindakan (impunity) yang semakin berleluasa dalam konflik berkenaan,”  katanya.

Anwar berkata, menggesa komuniti antarabangsa agar bertindak lebih tegas dan berkesan bagi memastikan Masjid al-Aqsa dibuka semula serta hak rakyat Palestin terus dipertahankan.

Beliau menegaskan, Malaysia akan terus bersuara dan memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan hak serta keadilan bagi rakyat Palestin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN