SHAH ALAM: Kegiatan haram tiga sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto yang beroperasi dekat rumah teres dan kondominium tumpas selepas digempur polis, baru-baru ini. Sindiket berasingan yang menawarkan pelaburan tidak wujud itu masing-masing menyasarkan mangsa dari Hong Kong, Australia dan Singapura sebelum ia terbongkar apabila pusat panggilannya diserbu di sekitar Rawang dan Subang Jaya, antara 11 hingga 28 Ogos lalu. Tiga serbuan berasingan itu membawa kepada penahanan 39 suspek termasuk…