PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan pembabitan sindiket tempatan yang berhubung dengan rangkaian antarabangsa susulan rampasan besar-besaran dadah di Myanmar baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan menjurus kepada kerjasama kumpulan pengedaran dalam negara dengan sindiket antarabangsa terbabit. “Pihak kami sedang meneliti pembabitan sindiket tempatan berhubung rampasan berkenaan,” katanya di sini hari ini. Media tempatan Myanmar semalam melaporkan…