JOHOR BAHRU: Pasangan kekasih yang ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika berdua-duaan dalam bilik hotel di daerah ini, awal pagi tadi mendakwa bakal mendirikan rumah tangga. JAINJ dalam satu kenyataan berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi, pasangan tersebut yang berusia 20an ditahan selepas membuka pintu bilik hotel berkenaan. “Selepas tujuh minit mengetuk pintu, pintu itu kemudiannya dibuka oleh seorang wanita yang memakai baju kemeja…