YSIJ sumbang 2,000 set kerusi, meja kepada sekolah agama di Johor

YSIJ sumbang 2,000 set kerusi, meja kepada sekolah agama di Johor

AVINDERJIT Singh (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan set kerusi dan meja kepada Md. Radhi di Sekolah Agama Taman Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang sebanyak 2,000 set kerusi dan meja kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk diagihkan kepada Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor yang terpilih.

Royal Press Office (RPO) dalam kenyataan berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian komitmen berterusan YSIJ dalam memastikan fasiliti pendidikan di negeri ini sentiasa berada pada tahap terbaik.

Penyerahan sumbangan disempurnakan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh kepada Timbalan Pengarah (Pendidikan Agama) Bahagian Pendidikan Islam JAINJ, Md. Radhi Ruslan di Sekolah Agama Taman Skudai Baru, di sini, semalam.

Md. Radhi berkata, sumbangan tersebut secara tidak langsung akan meningkatkan keselesaan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah-sekolah terpilih.

YSIJ turut mengagihkan 460 pek makanan kepada murid-murid Sekolah Agama Taman Skudai Baru sempena majlis serahan itu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN