Pelajar perempuan tingkatan empat dicekup dengan lelaki 20 tahun

Pelajar perempuan tingkatan empat dicekup dengan lelaki 20 tahun

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Enam individu termasuk seorang pelajar perempuan tingkatan empat dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di beberapa buah hotel di daerah ini, awal pagi tadi.

JAINJ dalam satu kenyataan berkata, dalam operasi yang dijalankan dari 10 malam hingga 3 pagi tadi, pelajar perempuan yang masih bersekolah di luar daerah ini ditahan bersama pasangannya, lelaki berumur 20an.

“Pelajar perempuan tingkatan empat itu ditahan bersama teman lelakinya yang masih bujang dan bekerja di sebuah kilang.

“Lelaki terbabit terkejut apabila membuka pintu dan melihat lima penguatkuasa JAINJ.

“Apabila penguatkuasa masuk ke dalam bilik, terdapat pasangannya yang sedang berdiri, dan nampak wajah seperti budak sekolah,” katanya dalam kenyataan.

JAINJ berkata, ibu dan bapa pelajar itu telah dipanggil untuk proses jaminan.

Dalam pada itu, JAINJ turut menasihatkan ibu bapa, pelajar serta masyarakat agar lebih peka terhadap cabaran gejala sosial yang semakin membimbangkan melibatkan generasi muda.

“Tindakan yang bertentangan dengan nilai agama dan adab bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri sendiri, bahkan turut mencalar maruah keluarga dan institusi pendidikan,” katanya.

Selain pasangan tersebut, JAINJ turut menangkap khalwat dua lagi pasangan membabitkan lelaki dan wanita warga Indonesia.

“Lelaki berumur 30 an ditangkap di dalam bilik hotel bersama wanita senegara yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja kantin.

“Manakala pasangan kedua membabitkan warga Myanmar dalam lingkungan umur 30-an yang bekerja pengawal keselamatan dan wanita bekerja di kilang di Senai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN