PETALING JAYA: Beberapa dokumen berkaitan proses permohonan dan pendaftaran kewarganegaraan membabitkan tujuh pemain kebangsaan telah diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM berkata, pihaknya telah berhubung dengan pihak Kementerian Dalam Negeri selain mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). “Hasil daripada kerjasama tersebut, SPRM telah dibekalkan dengan beberapa dokumen berkaitan proses permohonan dan pendaftaran kewarganegaraan pemain-pemain terbabit. “Berdasarkan semakan awal, SPRM ingin menegaskan bahawa isu ini dilihat sebagai berkaitan dengan…