KUBANG PASU: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah selepas disahkan positif dadah jenis ketamin ketika pulang bercuti dari Thailand, semalam. Remaja berusia 17 tahun itu bersama tiga rakannya berusia 18 tahun ditahan ketika menaiki motosikal di lorong Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, sekitar pukul 3.45 petang. Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad berkata, pelajar berkenaan mengaku kali kedua…