PUTRAJAYA: Pembongkaran sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut menerusi Op Sikaro kelmarin hasil penahanan lima pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Op Sohor pada 13 Ogos lalu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan awal mendapat sindiket ini dipercayai mempunyai kaitan secara langsung dengan pegawai ATM yang ditahan pihaknya sebelum ini. Katanya, tindakan melalui Op Sikaro ini merupakan hasil siasatan berjaya dibongkar pasukan perisikan…