Dalang penipuan RM2.3 juta masih berada dalam negara

Dalang penipuan RM2.3 juta masih berada dalam negara

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis percaya seorang lelaki dipercayai dalang penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM2.3 juta masih berada di dalam negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, usaha mengesan lelaki terbabit sedang dijalankan dan siasatan mendapati dia masih berada di dalam negara.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai dalang penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM2.3 juta bagi membantu siasatan lanjut.

Lelaki berkenaan, Mohd. Ezman Zamani berusia 39 tahun yang beralamat di Rawang, Selangor dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebanyak 279 laporan polis sejak 2023 berhubung kes berkenaan yang didakwa dikendalikan sebuah syarikat.

Berdasarkan siasatan, mangsa menyertai pelaburan selepas mengikuti webinar yang dianjurkan oleh syarikat berkenaan. 

Syarikat itu didakwa menawarkan pulangan dividen sehingga 18 peratus atau 1.5 peratus sebulan kepada setiap pelabur.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Fikri Najib Ismail di talian 013-9839854 atau Inspektor Noor Azamin Noor Azahari di talian 011-65580848. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN