ALOR GAJAH: Beberapa syarikat dikesan mengambil kesempatan dengan mengecilkan kuantiti produk sebanyak 10 peratus, namun mengekalkan harga asal, sekali gus dilihat memperdaya pengguna secara halus. Taktik itu terbongkar hasil pelaksanaan Op Kesan 4.0 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sebuah pasar raya di Durian Tunggal di sini, semalam. Pengarah KPDN Melaka, Dr. Mohd. Hazimin Jamaludin berkata, walaupun tiada peningkatan harga dikesan secara langsung, pengurangan kandungan dianggap satu bentuk manipulasi. “Apa yang berlaku, mereka tidak naikkan harga tetapi kecilkan kuantiti, contohnya, dulu pek 1,000 gram (g),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya