Peluang beli daging tempatan murah di Melaka

Peluang beli daging tempatan murah di Melaka

ALEX Seah Shoo Shin dan Norena Jaafar melancarkan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pasar Raya Lotus's Peringgit, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA:  Tinggal dua hari bagi umat Islam di negeri ini berpeluang membeli daging lembu tempatan yang ditawarkan serendah RM32 sekilogram berbanding RM40 mengikut pasaran sempena Jualan Rahmah Ramadan-Mantai Aidilfitri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, jualan mantai itu yang bermula sejak 30 Mac lalu di 13 lokasi terpilih di negeri ini akan berakhir esok (Ahad).

Menurutnya, jualan mantai itu menawarkan barangan keperluan untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri dengan potongan sebanyak 30 peratus.

“Esok orang ramai boleh membeli daging lembu tempatan di dua lokasi iaitu Kompleks Japerun Pantai Kundor dan Padang Bola Keranjang Taman Datuk Tambhy Chik Karim.

“Tiga lokasi terakhir jualan tersebut pula akan diadakan Ahad ini iaitu di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas, Dataran Gadek dan Tapak Pasar Malam Taman Melaka Perdana.

“Di samping itu antara 2,000 hingga 3,000 ekor ayam daging akan dijual di lima lokasi terakhir dengan harga RM7 sekilogram manakala telur ayam sepapan dijual dengan harga RM9,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pasar Raya Lotus’s Peringgit yang disempurnakan  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×