JPJ kutip RM6.2 juta saman tertunggak syarikat pengangkutan

JPJ kutip RM6.2 juta saman tertunggak syarikat pengangkutan

AEDY Fadly Ramli pada sidang akhbar program Hari Keluarga JPJ (HKJPJ) 2025 di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Sebanyak 34,371 saman tertunggak dianggarkan berjumlah RM6.2 juta diselesaikan oleh 28 syarikat kenderaan barangan dan pengendali bas ekspres yang disenaraikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tunggakan saman terbabit diselesaikan syarikat berkenaan dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerjasama semua syarikat terbabit yang menyelesaikan saman mengikut tempoh diberikan.

“Selepas pengumuman dibuat Menteri Pengangkutan untuk syarikat selesaikan saman, kesemua syarikat yang disenaraikan datang berjumpa dan menghubungi JPJ untuk mencari jalan untuk menyelesaikan saman mereka.

“Jadi di peringkat JPJ, kita bantu untuk keluarkan rekod terkini dan macam mana untuk diselesaikan dengan segera. Jadi kita nampak semua syarikat memang ingin selesaikan tunggakan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Hari Keluarga JPJ (HKJPJ) 2025 di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Aedy berkata, masih terdapat syarikat yang belum menyelesaikan saman kompaun dan JPJ memberi tempoh selama sebulan.

“Sekiranya tidak dapat diselesaikan, pihak JPJ akan mengambil tindakan senarai hitamkan kenderaan di bawah syarikat berkenaan,” katanya.

Mengenai tawaran Kadar Kompaun Khas Kadar Rata sebanyak RM150 yang diberikan kepada semua kenderaan mempunyai saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) turut terpakai untuk syarikat pengendali barangan dan bas, beliau berkata, syarikat mempunyai saman itu juga layak mendapat tawaran sama.

Jelasnya, tempoh tawaran itu juga sudah dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Lanjutan tawaran itu bagi tiga kategori notis saman iaitu saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) bermula Oktober 2018 hingga kini, Notis 114 (notis temu siasat) dan Notis 115 (permintaan butir-butir pemandu) bermula 2023 dan ke bawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×