PETALING JAYA: Keterangan lima saksi termasuk pengasuh dua kanak-kanak lelaki telah diambil selepas dua beradik itu ditemukan di tepi jalan berhampiran Bandar Bukit Mahkota, Bangi semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan selanjutnya. “Setakat ini, lima keterangan sudah dirakam dan kita baru buka kertas siasatan. “Apabila kertas siasatan sudah lengkap saya akan maklumkan tindakan selanjutnya,” katanya di sini…