Selebriti lakukan amang seksual didakwa Selasa depan

Selebriti lakukan amang seksual didakwa Selasa depan

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang selebriti yang disiasat kerana terlibat kes amang seksual seorang remaja perempuan akan didakwa pada Selasa depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, arahan pertuduhan ke atas suspek telah diperolehi daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.

Beliau berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 kerana telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Pertuduhan akan dibuat pada 17 Jun di mahkamah Petaling Jaya.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa serta menjamin ketelusan proses perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 4 Jun lalu, media melaporkan seorang selebriti ditahan polis selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu.

Suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel dan didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN