Amang seksual murid, polis tahan guru lelaki sekolah agama - Utusan Malaysia

Amang seksual murid, polis tahan guru lelaki sekolah agama

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang guru lelaki sekolah agama berusia 40 tahun berhubung kes amang seksual membabitkan seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah agama (SRA) berusia 11 tahun di Wangsa Maju.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek merupakan pengajar di SRA berkenaan selama 11 tahun ditahan kelmarin.

“Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Khamis depan,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, polis sedang menjalankan siasatan kes amang seksual membabitkan seorang murid lelaki, susulan laporan diterima pada pukul 4.16 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, pengadu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang belajar di sebuah sekolah rendah agama di kawasan berkenaan manakala suspek ialah seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Sementara itu, mengulas perkembangan siasatan kes penemuan janin dalam lori sampah, Fadil berkata, pihaknya masih menunggu keputusan laporan kimia dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 12 Disember lalu, media melaporkan, janin bayi yang dijumpai dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil dianggarkan berusia 25 minggu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, polis telah merekod keterangan empat individu berhubung kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN