Individu didakwa bersama dua ADUN Sabah, tidak dilindungi sebagai whistleblower

Individu didakwa bersama dua ADUN Sabah, tidak dilindungi sebagai whistleblower

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yang akan didakwa bersama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu tidak dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, Seksyen 11 (1) akta itu menyatakan bahawa seseorang yang terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya tidak layak memohon perlindungan pemberi maklumat atau (whistleblower).

“Kita rujuk kepada undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, iaitu jika seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan, dia tidak dilindungi di bawah akta ini, maknanya dia bukan whistleblower.

“Bagi mendapatkan perlindungan pemberi maklumat, individu berkenaan perlu memenuhi beberapa syarat iaitu laporan mesti dibuat kepada agensi penguatkuasaan yang sah seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi kerajaan lain yang berkaitan,” katanya.

Terdahulu, peguam kepada individu terlibat mendakwa anak guamnya sebagai pemberi maklumat telah dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu sebelum dimaklumkan akan didakwa pada 30 Jun ini.

Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang dikatakan perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung perlombongan mineral.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua ADUN Sabah dan seorang lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah bulan ini berhubung skandal rasuah berkenaan.

Wan Shaharuddin berkata, laporan perlu dibuat dengan niat baik, bukannya bertujuan jahat seperti membalas dendam atau memfitnah.

“Ini bagi memastikan integriti pemberi maklumat dan mengelakkan mereka daripada menggunakan status perlindungan sebagai perisai untuk melindungi diri mereka sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN