Dua pengarah direman lima hari, kemuka dokumen palsu

Dua pengarah direman lima hari, kemuka dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing.

Penahanan suspek lelaki berusia 50-an itu dibuat malam semalam ketika mereka hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek melalui syarikat masing-masing melakukan perbuatan terbabit sekitar 2023 sehingga 2024.

“Kesemua suspek mengemukakan dokumen permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 kepada Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengandungi butir matan palsu dengan niat memperdayakan bagi mengeluarkan Pelekat Lanjutan Kerja Sementara (PLKS) kepada pekerja-pekerja asing, sedangkan mereka tidak pernah bekerja dengan syarikat itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib mengesahkan penahanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. SPRM dalam tindakan mengesan dua individu yang disyaki menjadi ejen dan memalsukan dokumen kepada kedua-dua suspek,” katanya.

Dalam pada itu, Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim membenarkan reman selama lima hari sehingga 22 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN