Pesara rugi RM340,000, terpedaya pelaburan palsu

Pesara rugi RM340,000, terpedaya pelaburan palsu

TAN SENG LEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang pesara swasta mengalami kerugian RM340,000 akibat terpedaya dengan tawaran sindiket pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Superintenden Tan Seng Lee berkata, mangsa berusia 59 tahun itu tertarik membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan 20 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari. 

Lelaki tersebut turut teruja apabila wang keuntungan dijanjikan akan dimasukkan dalam akaun aplikasi XC Global, miliknya. 

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa telah membuat 19 transaksi pembayaran berjumlah RM340,000 ke 13 akaun bank tempatan dari 5 Mac hingga 21 Mei lalu. Hasil semakan dilakukan mangsa mendapati akaun aplikasi XC Global miliknya mendapat keuntungan sebanyak RM936,971,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Namun, apabila mangsa ingin mengeluarkan wang daripada akaunnya, dia didesak untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM92,000.

“Kali ini, mangsa tidak membuat pembayaran tersebut dan semakan mendapati akaun XC Global miliknya telah disekat,” katanya sambil memberitahu mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, kelmarin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN